Sabtu, 6 Julai 2013

Cik Demam datang kepadaku......


Hari ini tak dapat nak update cerita Kisah Masam Masam Manis Cinta kerana kesihatan saya tidak mengizinkan. Maybe esok or lusa, itu pun kalau kesihatan pulih dalam masa terdekat ni. InsyaAllah..

Ok ! Hari ni saya nak kongsi kisah yang dialami oleh aku sendiri iaitu(jeng..jeng..jeng..) Mr/Ms Demam. Kenapalah kau datang kepada aku ni??aku tak larat tau nak tanggung kau semua. Kau bagi kat aku (pening kapala,batuk,muntah,selsema) woo banyak tu! Mana la aku larat nak tanggung semua tu*duk mengomel dalam hati sendiri,hahahaha*. Kalau korang jadi macam aku confirm korang pun tak larat kan?

Ini la nasib aku time demam2, korang bayangkan la selepas bangun tidur dengan kepalanya  terasa berat, aku gagahkan diri untuk bangun disebabkan(nak melabur saham*tak tahan dah siot, hahaha) tetiba je kat dapur terkejut berok aku tengok kat dalam sink penuh dengan pingan, mangkuk , kuali(banyak bukan main lagi) ni confirm aku la yang kena basuh, argghh! aku yang demam ni juga yang kena..dah habis tu siapa lagi kalau bukan kau, kau sorang je yang ada kat rumah ni!*hati duk mengomel*

Bukan itu saja kalau korang nak tahu, pakaian 2 bakul belum sidai lagi(argghh! stressss) tapi tak apalah aku redha je(itu je yang aku dapat buat, dapat pahala kan..huhuhu..suka3) aku selesai semua (kononnya tugas2 aku tu) dengan satu persatu walaupun tak beberapa nak aktif (maklumlah orang demam kan, hihihi*gelak nakal). Bila sakit2 macam ni aku teringat kat ibu bapaku di kampung(ma aboh, ore rindu sangat kat ma n aboh, ore demam ni, ore nak balik kampung  )*cik hati mengomel sambil cik tuan punya badan menangis*(eeeee..tak malu..besar2 pun masih lagi menangis)( biar la , ingat dah bila besar2 ni tak ada persaan ke?*hah! kan dah kena marah kat cik hati saya*

Bila kakak aku balik, ada ke patut aku tengah syok2(walaupun demam, hehehe) update kat blog kat dalam bilik aku , dia panggil & mengarah aku basuh muntah anaknya(Nur Arianna Arisa) yang semput tu, aku pun terpaksa la pergi basuh muntah tu. Tengah asyik basuh muntah tu, dengan aku sekali nak termuntah, nasib baik tak keluar apa2(sebab aku tak makan apa2 lagi hari ni) Tapi yang terkeluar darah, aku tak tahu darah tu datang dari mana(tentulah dari mulut aku) , (cik hati aku mula berfikir, gigi or tekak aku yang bedarah ni) hurmm..Tapi aku tak adalah kisah sangat pasal darah tu sebab aku dah banyak kali dah macam ni(korang rasa aku ada penyakit apa ek? just nak tahu je, nak harapkan pergi jumpa doktor memang tak la kan, hahaha..maklumlah aku ni jenis anti sedikit bab2 klinik,hospital,doktor,nurse & ubat ni..hahaha*buat malu je*)

Ok la korang semua, aku dah blur otok ni, tak dah nak tulis apa, hahhaha..btw hope korang semua doakan aku semoga cepat sembuh ek (walaupun tak makan ubat, issshh! cik hati cakap cik tuan marah la bagitau kat orang lain)*ishh3..tak habis2 lagi cik hati ni, ada2 je kan* ok la babai korang semua..tatatititutu =)

P/S: Thanks sebab baca cerita aku yang tak beberapa nak syok ni, yang baik datang dari ALLAH SWT dan yang buruk tu adalah kelemahan diri aku sendiri..Assalam..

Jumaat, 5 Julai 2013

Masam Masam Manis Cinta

Babak Pertama..


Assalamualaikum semua..
Bagi mengisi masa lapang,saya nak kongsi dengan korang sebuah kisah pasangan bercinta antara Mr.W dan Ms.Y Kisah ini benar-benar berlaku yang dialami oleh kembar saya sendiri(hehehe*gelak jahat). Mereka dah bersama selama lebih kurang 2tahun setengah walaupun banyak dugaan & halangan yang mereka hadapi. Tapi malangnya  disebabkan kelakuan Ms.Y yang membuatkan cinta mereka putus ditengah jalan.

Begini ceritanya,pada suatu malam yang bertarikh_____ Ms.Y mebuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka kerana Ms.Y inginkan Mr.W merasai kehilangannya ketika dia tiada disisi Mr.W(kononnya nak lebih dihargai oleh sipasangannya). Mr.W terima keputusan Ms.Y dengan hati yang berat kerana Mr.W sangat menyayangi Ms.Y(bayangkan la dah 2tahun lebih mereka kongsi suka duka bersama kan*hehehe).

Nak dijadikan cerita lagi, Ms.Y bercadang untuk tinggal bersama kakaknya di negeri _____ kerana ingin menjejaki ke alam pekerjaan. Pada masa yang sama, Ms.Y membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama insan-insan tersayang(Mr.W termasuk juga bekas abg angkatnya) buat kali terakhir sebelum berangkat ke negeri _____.

Pada hari ______ bersamaan 28/__/2013, Ms.Y telah berjanji dan keluar bersama bekas abang angkatnya tanpa pengetahuan Mr.W. Dia sengaja tidak memaklum perkara tersebut kepada Mr.W kerana dia tahu Mr.W akan memarahinya kerana berhubungan lagi dengan bekas abang angkatnya itu apatah lagi jikalau keluar bersama(pasti mengamuk sakan si Mr.W jikalau dapat tahu semuanya tu). Tapi tak ku sangka tak ku duga(*tajuk lagu sallem*hehehe..siapa ingat lagi lagu tu, best kn . eh! dah melencong ni :D) nasib tidak menyebelahi Ms.Y kerana Mr.W dapat mengetahui agenda Ms.Y yang keluar bersama orang lain(Ms.Y's bekas abang angkat) melalui alam maya(facebook's chat) yang terdapat SMS antara Ms.Y dan bekas abang angkatnya.

Selepas hari tersebut(hari yang terbongkar segala rahsia antara Ms.Y dan dia punya bekas abang angkat) Mr.W senyapkan diri sehingga tidak reply SMS dan MISSED CALL si senget Ms.Y. Padahal hari tersebut juga, Ms.Y bercadang untuk mengajak si buah hati Mr.W keluar bersamanya(kerana Ms.Y tidak mengetahui lagi bahawa segala rahsianya telah terbongkar) tapi malangnya Mr.W tidak menghiraukan cadangan Ms.Y kerana hatinya sudah pedih, sakit & kecewa apabila dapat mengetahui semua itu(dia merasa tertipu bulat-bulat oleh si Ms.Y) sehingga dia menghantar satu keping SMS yang penuh kekecewaan(dah lupa apa isi SMS itu, kalau korang baca confirm korang menangis punya!)

                           bersambung.......




P/S: Setakat ini je untuk babak partama kisah Masam Masam Manis Cinta, kalau korang nak tahu kisah selanjutnya, tunggu sambungannya(babak kedua)..btw thanks kerana sudi membaca cerita ini..yang baik tu datang dari Allah SWT ,yang buruk tu dari kelemahan diri saya sendiri.. sekian terima kasih.. Assalam =)

Ahad, 23 Jun 2013

6 Kunci Mendapat Ketenangan Hati

Assalamualaikum..Tak baik tau tak jawab salam..Hehehe..Malam ni saya ada 6 tips mudah untuk korang mendapatkan ketenangan hati bermanfaat:
  1. Jangan tergantung terhadap orang lain..Bersikaplah menyediri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki..
  2. Jangan berburuk sangka..Berfikirlah positif akan membawa pada sesuatu yang bermanfaat..
  3. Jangan mengingati penyesalan di masa lalu..Hidup itu mudah,buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu sebuah pengajaran untuk menjadi yang lebih baik..
  4. Jangan pernah menyimpan dendam di dalam hati kerana dendam itu ibarat racun sangat berbisa..Hope korang jauhi ye..
  5. Jauhi sifat tidak menepati masa kerana aset dalam kehidupan kita bukannya harta tetapi waktu..Maka gunakan waktu dengan sebaik mungkin..
  6. Jangan risau akan hari esok..Ketuklah pintu hati anda dengan mengingati Allah,insyallah Allah akan mengingati pada setiap hambanya yang taat akan perintahNya..

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! (Kisah Benar)

Assalamualaikum..Saya ada satu cerita kisah benar..Saya terbaca dekat facebook dan saya copy & paste untuk berkongsi dengan korang..Saya harap sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran untuk kita semua..InsyaAllah..


Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.

Suri rumahtangga sepenuhnya.

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.

Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu.

Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang.

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat.

Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk.

Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

Apa yang akan terjadi padanya kini?

Dia pun kurang pasti.

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

Luangkan masa bersama keluarga.

Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. 

SELALULAH MEMBERI !

Sifat Seseorang DiLihat Dari Cara Tidurnya

Hai korang semua..Apa khabar? Harap sihat walafiat semua ye..Hari saya nak kongsi dengan korang sifat seseorang dari cara tidurnya..Dengan itu korang dapat menilai sifat seseorang,contohnya sifat someone special..Hehehe..Ataupun family korang..Saya ada 5 sifat nak kongsi dengan korang..Hope korang suka la ye =)
  1. Tidur dengan memeluk Bantal, biasanya orangnya berjiwa seni, perasaannya halus dan jiwanya romantic.
  2. Tidur dengan banyak Bantal, biasanya orangannya kurang percaya diri dan selalu inginnya banyak yang menemani atau mendampingi.
  3. Tidur Dengan Satu Bantal biasanya orangnya suka yang seadanya ( sederhana ), dan bila membuat keputusan berdasarkan fikiran bukan nafsu semata.
  4. Tidur dengan meletakkan Bantal Di Bawah Kaki biasanya orangnya punya sifat kurang baik, jarang bergaul, egois dan suka menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2nya.
  5. Tidur dengan tanpa Bantal biasanya orangnya punya sifat percaya diri sangat tinggi.
 
Template Designed by Farahin | © All Rights Reserved.