Jumaat, 5 Julai 2013

Masam Masam Manis Cinta

Babak Pertama..


Assalamualaikum semua..
Bagi mengisi masa lapang,saya nak kongsi dengan korang sebuah kisah pasangan bercinta antara Mr.W dan Ms.Y Kisah ini benar-benar berlaku yang dialami oleh kembar saya sendiri(hehehe*gelak jahat). Mereka dah bersama selama lebih kurang 2tahun setengah walaupun banyak dugaan & halangan yang mereka hadapi. Tapi malangnya  disebabkan kelakuan Ms.Y yang membuatkan cinta mereka putus ditengah jalan.

Begini ceritanya,pada suatu malam yang bertarikh_____ Ms.Y mebuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka kerana Ms.Y inginkan Mr.W merasai kehilangannya ketika dia tiada disisi Mr.W(kononnya nak lebih dihargai oleh sipasangannya). Mr.W terima keputusan Ms.Y dengan hati yang berat kerana Mr.W sangat menyayangi Ms.Y(bayangkan la dah 2tahun lebih mereka kongsi suka duka bersama kan*hehehe).

Nak dijadikan cerita lagi, Ms.Y bercadang untuk tinggal bersama kakaknya di negeri _____ kerana ingin menjejaki ke alam pekerjaan. Pada masa yang sama, Ms.Y membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama insan-insan tersayang(Mr.W termasuk juga bekas abg angkatnya) buat kali terakhir sebelum berangkat ke negeri _____.

Pada hari ______ bersamaan 28/__/2013, Ms.Y telah berjanji dan keluar bersama bekas abang angkatnya tanpa pengetahuan Mr.W. Dia sengaja tidak memaklum perkara tersebut kepada Mr.W kerana dia tahu Mr.W akan memarahinya kerana berhubungan lagi dengan bekas abang angkatnya itu apatah lagi jikalau keluar bersama(pasti mengamuk sakan si Mr.W jikalau dapat tahu semuanya tu). Tapi tak ku sangka tak ku duga(*tajuk lagu sallem*hehehe..siapa ingat lagi lagu tu, best kn . eh! dah melencong ni :D) nasib tidak menyebelahi Ms.Y kerana Mr.W dapat mengetahui agenda Ms.Y yang keluar bersama orang lain(Ms.Y's bekas abang angkat) melalui alam maya(facebook's chat) yang terdapat SMS antara Ms.Y dan bekas abang angkatnya.

Selepas hari tersebut(hari yang terbongkar segala rahsia antara Ms.Y dan dia punya bekas abang angkat) Mr.W senyapkan diri sehingga tidak reply SMS dan MISSED CALL si senget Ms.Y. Padahal hari tersebut juga, Ms.Y bercadang untuk mengajak si buah hati Mr.W keluar bersamanya(kerana Ms.Y tidak mengetahui lagi bahawa segala rahsianya telah terbongkar) tapi malangnya Mr.W tidak menghiraukan cadangan Ms.Y kerana hatinya sudah pedih, sakit & kecewa apabila dapat mengetahui semua itu(dia merasa tertipu bulat-bulat oleh si Ms.Y) sehingga dia menghantar satu keping SMS yang penuh kekecewaan(dah lupa apa isi SMS itu, kalau korang baca confirm korang menangis punya!)

                           bersambung.......




P/S: Setakat ini je untuk babak partama kisah Masam Masam Manis Cinta, kalau korang nak tahu kisah selanjutnya, tunggu sambungannya(babak kedua)..btw thanks kerana sudi membaca cerita ini..yang baik tu datang dari Allah SWT ,yang buruk tu dari kelemahan diri saya sendiri.. sekian terima kasih.. Assalam =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Template Designed by Farahin | © All Rights Reserved.