Sabtu, 6 Julai 2013

Cik Demam datang kepadaku......


Hari ini tak dapat nak update cerita Kisah Masam Masam Manis Cinta kerana kesihatan saya tidak mengizinkan. Maybe esok or lusa, itu pun kalau kesihatan pulih dalam masa terdekat ni. InsyaAllah..

Ok ! Hari ni saya nak kongsi kisah yang dialami oleh aku sendiri iaitu(jeng..jeng..jeng..) Mr/Ms Demam. Kenapalah kau datang kepada aku ni??aku tak larat tau nak tanggung kau semua. Kau bagi kat aku (pening kapala,batuk,muntah,selsema) woo banyak tu! Mana la aku larat nak tanggung semua tu*duk mengomel dalam hati sendiri,hahahaha*. Kalau korang jadi macam aku confirm korang pun tak larat kan?

Ini la nasib aku time demam2, korang bayangkan la selepas bangun tidur dengan kepalanya  terasa berat, aku gagahkan diri untuk bangun disebabkan(nak melabur saham*tak tahan dah siot, hahaha) tetiba je kat dapur terkejut berok aku tengok kat dalam sink penuh dengan pingan, mangkuk , kuali(banyak bukan main lagi) ni confirm aku la yang kena basuh, argghh! aku yang demam ni juga yang kena..dah habis tu siapa lagi kalau bukan kau, kau sorang je yang ada kat rumah ni!*hati duk mengomel*

Bukan itu saja kalau korang nak tahu, pakaian 2 bakul belum sidai lagi(argghh! stressss) tapi tak apalah aku redha je(itu je yang aku dapat buat, dapat pahala kan..huhuhu..suka3) aku selesai semua (kononnya tugas2 aku tu) dengan satu persatu walaupun tak beberapa nak aktif (maklumlah orang demam kan, hihihi*gelak nakal). Bila sakit2 macam ni aku teringat kat ibu bapaku di kampung(ma aboh, ore rindu sangat kat ma n aboh, ore demam ni, ore nak balik kampung  )*cik hati mengomel sambil cik tuan punya badan menangis*(eeeee..tak malu..besar2 pun masih lagi menangis)( biar la , ingat dah bila besar2 ni tak ada persaan ke?*hah! kan dah kena marah kat cik hati saya*

Bila kakak aku balik, ada ke patut aku tengah syok2(walaupun demam, hehehe) update kat blog kat dalam bilik aku , dia panggil & mengarah aku basuh muntah anaknya(Nur Arianna Arisa) yang semput tu, aku pun terpaksa la pergi basuh muntah tu. Tengah asyik basuh muntah tu, dengan aku sekali nak termuntah, nasib baik tak keluar apa2(sebab aku tak makan apa2 lagi hari ni) Tapi yang terkeluar darah, aku tak tahu darah tu datang dari mana(tentulah dari mulut aku) , (cik hati aku mula berfikir, gigi or tekak aku yang bedarah ni) hurmm..Tapi aku tak adalah kisah sangat pasal darah tu sebab aku dah banyak kali dah macam ni(korang rasa aku ada penyakit apa ek? just nak tahu je, nak harapkan pergi jumpa doktor memang tak la kan, hahaha..maklumlah aku ni jenis anti sedikit bab2 klinik,hospital,doktor,nurse & ubat ni..hahaha*buat malu je*)

Ok la korang semua, aku dah blur otok ni, tak dah nak tulis apa, hahhaha..btw hope korang semua doakan aku semoga cepat sembuh ek (walaupun tak makan ubat, issshh! cik hati cakap cik tuan marah la bagitau kat orang lain)*ishh3..tak habis2 lagi cik hati ni, ada2 je kan* ok la babai korang semua..tatatititutu =)

P/S: Thanks sebab baca cerita aku yang tak beberapa nak syok ni, yang baik datang dari ALLAH SWT dan yang buruk tu adalah kelemahan diri aku sendiri..Assalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Template Designed by Farahin | © All Rights Reserved.